Listen2Quran

Ahad, Januari 09, 2011

Retro: Umno larang guna Al-Quran dan Hadith demi kekalkan kuasa

BlogMaster Arkib Laman M@rhae

Berikut ini disalinkan semula satu edaran / pekeliling tahun 1996 di salah-sebuah Bahagian Umno berkaitan larangan menjemput penceramah atau ustaz yang membuat rujukan kepada kitab suci Al-Quran dan Hadith ketika menyampaian ceramah atau mengendalikan kelas-kelas agama Islam. Menurut pekeliling berkenaan, umno menolak hukum Al-Quran kerana ianya bersesuaian dengan semangat Barisan Nasional demi mengekalkan kuasa.

Patutlah umno berada dalam kepanasan sekarang kerana masyarakat bukan-Islam serta parti bukan-Islam telah mula merapati dan memahami hukum Islam yang diturunkan Allah SWT melalui kitab suci Al-Quran. Demi mengekalkan kuasa, umno sanggup menjauhkan ahli-ahli parti daripada memahami dan mendalami Al-Quran dan Hadith!

Salinan:

Rujukan kami: Bil (07) dlm.UMNO/BHG./KPR
Tarikh: 11hb. September, 1996

Semua Ketua Umno cawangan-Cawangan,
Dalam Bahagian Kapar.

Tuan-Tuan,

GARIS PANDUAN PROGRAM AGAMA

Dengan hormatnya dimaklumkan, saya telah diarah untuk menarik perhatian Ketua-Ketua cawangan mengenai perkara di atas.

Adalah diperhatikan akhir-akhir ini ada cawangan-cawangan UMNO dalam Bahagian Kapar yang menganjurkan program-program agama seperti ceramah-ceramah, pengajian, forum dan sebagainya. Tuan-tuan adalah diminta supaya lebih berhati-hati apabila mengundang para penceramah/ustaz untuk mengisi program-program tersebut kerana terdapat penceramah-penceramah agam yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dan Hadith sebagai dalil dan hujjah untuk merendah-rendahkan perjuangan UMNO.

Sebagai contoh, pada 7hb.September 1996 yang lepas,satu majlis forum telah diadakan di Bandar Sultan Suleiman,Pelabuhan Kelang.Salah seorang ahli panel forum itu telah menghuraikan ayat 36 Surah Al-Ahzab yang menjelaskan kesesatan mereka yang "memilih hukum selain dari hukum Allah" termasuk juga mereka yang menolak hukum hudud dalam al-Quran.Kita tidak boleh menerima hujjah dari Quran seperti itu kerana ini akan menjauhkan sokongan rakyat kepada UMNO. Kita menolak hukum Quran kerana ianya bersesuaian dengan semangat Barisan Nasional bagi mengekalkan kuasa dalam negara ini.Kajahilan masyarakat dalam agama bererti keuntungan kepada perjuangan kita.

Sebagai garis panduan,sila ambil langkah-langkah berikut apabila menganjurkan program-program agama:

1. Sila berbincang dengan Nazir Masjid / Pengerusi surau supaya tidak menjemput ustaz yang menentang dasar kerajaan.Pengajian tafsir Quran dan Hadith hendaklah dielakkan kerana biasanya Quran dan Hadith menjelaskan sifat-sifat munafik, syirik dan sebagainya. Ini mungkin "terkena kepada kita".

2. Pilihlah ustaz yang sesuai dengan perjuangan kita. Sekiranya meragui latarbelakang mereka,sila rujuk kepada Ketua Biro Agama Bahagian.Adalah diingatkan supaya tuan-tuan lebih berhati-hati,terdapat ramai para ustaz termasuk kadhi yang menentang dasar kerajaan.


Sumber rujukan dr:

http://blog.marhaen.info/index.php/laman-utama/tag/602-retro-umno-larang-guna-al-quran-dan-hadith-demi-kekalkan-kuasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan