Listen2Quran

Khamis, Julai 09, 2009

UPB-MyTeam tarik diri boleh jejaskan Khairy



TINDAKAN UPB-MyTeam untuk menarik diri daripada saingan Piala Malaysia 2009 boleh mendatangkan masalah kepada presiden kelab terbabit, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Jika mereka meneruskan hasrat tersebut, kelab berkenaan bakal berhadapan hukuman penggantungan yang turut melibatkan presiden mereka.

Khairy turut memegang jawatan sebagai Timbalan Presi- den Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Begitupun, rayuan yang dikemukakan oleh UPB-MyTeam untuk menarik diri telah ditolak oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM pada mesyuaratnya semalam.

Piala Malaysia 2009 akan bermula pada 26 September depan.

Pengerusinya, Datuk Che Mat Jusoh berkata, sekiranya UPB-MyTeam terus berdegil untuk menarik diri, mereka bakal menghadapi hukuman termasuk denda, penggantungan pasukan dan pengurusannya serta menjejaskan status pemain mereka.

"Jawatankuasa pada hari ini (semalam) telah berbincang panjang lebar dengan memikirkan Liga Super hanya berbaki tiga perlawanan dan Piala Malaysia hanya melibatkan enam perlawanan timbal balik pada peringkat kumpulan.

"Jadi kita telah memutuskan menolak rayuan mereka untuk menarik diri dan saya minta UPB-MyTeam terus beraksi pada Piala Malaysia 2009. Jika mereka ingkar, hukuman boleh dikenakan," katanya pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

UPB-MyTeam sebelum ini telah memohon untuk menarik diri daripada Piala Malaysia 2009 dan mahu meminjamkan pemainnya ke pasukan lain kerana menghadapi masalah kewangan yang kritikal sehingga menyebabkan tunggakan gaji selama dua bulan.

Namun Che Mat memberi- tahu, pihaknya tetap bersedia dengan alternatif lain jika UPB-MyTeam berdegil untuk menarik diri dengan mencari pasukan ganti.

"Undian Piala Malaysia akan diadakan 15 Ogos depan dan jika UPB-MyTeam tiada sekali pun, ia tetap diteruskan."

sumber: kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan