Listen2Quran

Selasa, Ogos 31, 2010

Isu Masuk Surau...di mana kebenaran nya

Teo Nie Ching dapatkan pandangan TG Nik Aziz (Video Inside)



Mengimarahkan Surau cara UMNO, the Video..



Karnival 'Juara' Rakyat anjuran MAYC & Umno Kuala Langat 9Mei2010.



Orang bukan islam dilarang masuk ke ruang solat dalam surau tetapi kalau Wanita dan Puteri UM...... tiada masalah walaupun tidak memakai tudung. Sungguh islamnnya Malaysia di bawah pimpinan najib..

Panas!! Seorang lagi ADUN Wanita DAP memasuki Masjid!!

Panas...!!!! Itulah yang boleh diperkatakan terhadap gambar wakil rakyat pembangkang ini. Biar pun isu panas susulan kes Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nie Ching berada dalam dewan solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral belum berakhir. Kini satu lagi kejutan berlaku, gara-gara tindakan wakil rakyat DAP. Namun, sekali ini ia agak berbeza dan pastinya memberi tamparan hebat kepada puak-puak UMNO BN sebenarnya.

Kini heboh dilaman facebook gambar YB Hannah Yeoh (foto), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Subang Jaya pula masuk ke dalam sebuah masjid di ibu negara. Menurut sumber beliau dipercayai hadir untuk program Iftar Ramadhan disamping menyampaikan sumbaangan derma untuk satu majlis berbuka puasa di Masjid Al-Falah dekat sini.

Apa yang menarik, gaya dan penampilan beliau mengalahkan pemimpin wanita UMNO yang kononnya Islam itu sendiri. Dengan mengenakan baju kurung Melayu dan bertudung, YB Hannah dilihat sungguh anggun bergaya untuk bersama rakyat disitu.

Jika sebelun ini, YB Teo Nie Ching dipertikaikan kerana masuk ke dalam masjid kemudian berucap di ruang solat utama tanpa menutup aurat. Kini segalanya jauh berbeza sama sekali. Dengan penampilan yang penuh adab dan tatasusila itu, apakah akan ada lagi suara-suara sumbang yang mempertikaikan orang bukan Islam masuk ke dalam surau-surau dan masjid seperti yang digembar-gemburkan sekarang ini.

Malah, penampilan YB Hannah Yeoh dilihat lebih Islamik daripada sebilangan besar pemimpin Wanita UMNO yang kononnya mahu bercakap soal Islam itu sendiri. Kini, terbukti bahawa puak-puak UMNO BN mula "terdiam membisu" tanpa sebarang hujjah lagi untuk mempertikaikan "larangan orang bukan Islam" masuk ke dalam rumah Allah itu.

Ternyata lidah mereka kelu tanpa sebarang kata-kata melihat apa yang berlaku ini. Soalnya sekarang, apakah mereka mahu terus meracau dan mahu mempolitikkan isu ini agaknya?


YB Hannah Yeoh sempat bergambar kenangan dengan muslimat yang hadir

Sesungguhnya apa yang berlaku ini pasti akan membuatkan puak-puak UMNO tidur tak lena. Mereka kononnya ingin memainkan isu ini bagi membuktikan bahawa pemimpin DAP menghina agama Islam. Tetapi hakikat yang berlaku adalah sebaliknya. Malah, pemimin Cina dalam DAP lebih memahami dan menghormati kesucian agama Islam itu sendiri.

Melihat aksi YB Hannah ini, terkadang kita merasa sudah tiba masanya perpaduan sesama rakyat Malaysia itu menjadi agenda dan pokok utama Pakatan Rakyat. Perpaduan yang dicanang-canangkan dalam UMNO tidak mungkin akan berlaku kerana mereka lebih berselera untuk menggunakan "bangsa" sebagai alat perpaduan. Walhal, Islam itulah sepatutnya yang paling utama. Inilah yang berlaku, apabila Islam difahami maka orang bukan Islam tiada masalah dengan Islam.

Cuma, puak-puak UMNO yang gunakan media mereka untuk menakutkan rakyat sebenarnya.

Sumber dari: Anak Sungai Derhaka

Sabtu, Ogos 21, 2010

Inilah Negaraku Sebuah Negara Islam- 1Malaysia

Berbuka puasa seawal 11 pagi

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Bagai tidak tahu malu dan makna dosa apabila puluhan lelaki beragama Islam dikesan berpusu-pusu berbaris dan mengerumuni beberapa kedai dan gerai di sekitar ibu kota semata-mata untuk membeli nasi bungkus seawal jam 11 pagi.
TAK MALU...kaki ponteng puasa membeli nasi bungkus di sebuah restoran di Jalan Tuanku Abdul Rahman (gambar atas). BERATUR...pelanggan beragama Islam beratur mengambil makanan.
TAK MALU...kaki ponteng puasa membeli nasi bungkus di sebuah restoran di Jalan Tuanku Abdul Rahman (gambar atas). BERATUR...pelanggan beragama Islam beratur mengambil makanan.
Kebanyakan mereka terdiri daripaa pekerja swasta, penghantar surat serta pelajar sekolah berbaris panjang di kawasan terbuka bagi membeli juadah hidangan tengah hari yang sengaja dijual kepada orang ramai oleh peniaga beragama Islam.
Perbuatan mengaibkan di bulan Ramadan itu dapat dibuktikan selepas wartawan Harian Metro menyamar pelanggan di beberapa lokasi tumpuan kaki ponteng puasa terutama di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi, Kampung Pandan dan Keramat di sini, semalam.

Berdasarkan pemerhatian bermula jam 10 pagi, kebanyakan pelanggan yang menunggang motosikal membeli nasi bungkus terutama pada jam 11.30 pagi hingga jam 1 tengah hari.

Dalam tinjauan pertama ke sebuah restoran di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, seramai lebih 20 pelanggan berbaris panjang untuk membeli nasi kandar berlauk tanpa menghiraukan kenderaan yang lalu lalang.

Kedudukan restoran terbabit yang dilindungi hentian bas menyebabkan aktiviti membeli nasi oleh kaki ponteng puasa itu dilakukan dengan berani tanpa rasa malu.

Malah, pelanggan terbabit berbaris panjang menunggu pemilik kedai mengambil pesanan dan membungkus nasi selain minuman.

Kebanyakan mereka yang membeli nasi bungkus itu enggan membuka topi keledar bagi mengelakkan identiti mereka dikesan sebelum memecut sejurus membuat bayaran.

Lebih mengecewakan apabila pemilik dan pekerja kedai makan terbabit seolah-olah tidak hairan kehadiran pelanggan beragama Islam walaupun menyedari perniagaan makanan itu disajikan pada waktu yang boleh menimbulkan curiga.

Situasi sama turut dilihat di restoran berhampiran apabila rata-rata pelanggan di kalangan lelaki beragama Islam didapati berbaris untuk membeli nasi bungkus persis konsep ‘pandu lalu’.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Tuan Asmawi Tuan Umar yang dihubungi berkata, pihak penguat kuasa Jawi sudah memulakan operasi membanteras kaki ponteng puasa sejak awal Ramadan lalu di beberapa lokasi yang dianggap popular.