Listen2Quran

Jumaat, Julai 31, 2009

Takziah, PAS hilang seorang lagi Adunnya

KUALA LUMPUR, 31 Julai: PAS hilang seorang lagi pemimpinnya apabila satu-satunya Adun PAS di Pulau Pinang, iaitu Adun Permatang Pasir, Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia pagi tadi.

(Ketika hayatnya, Datuk Hamdan sangat aktif...gambar beliau bersama Datuk Seri Wan Azizah)

Hamdan meninggal dunia di Institut Jantung Negara jam 6.15 pagi. Jenazah beliau dijangka akan dikebumikan petang ini di Pulau Pinang.
Allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung. Beliau telah menjalani pembedahan jantung pada tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.
Allahyarham menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun setelah pemergian Haji Zabidi Ali penghujung tahun 1980 an.
Beliau seorang yang dedikasi dan merupakan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta benda kerana memartabatkan Islam, kata Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Salleh Man.

Dengan kematian Hamdan, bermakna SPR akan mengadakan satu pilihan raya kecil di situ dalam masa 60 hari dari sekarang.
Ini bermakna, pengundi di situ akan mengundi lagi selepas dua kali mengundi tahun lepas iaitu pilihan raya umum 2008 dan pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Nasib mereka akan sama dengan jiran mereka iaitu penduduk Penanti yang terpaksa mengundi dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

Nama yang popular disebut untuk menggantikan beliau kini adalah Haji Mohamad Sabu, bekas naib presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Salleh Man.

Khamis, Julai 23, 2009

Kepada peminat udang geragau …. berhati-hati

Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.

geragau10

Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.

geragau8

Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!

Diharap Jabatan Kerajaan yang berada di Perak serta di negeri-negeri perlu memantau dan mengambil tindakan!!

Berita penuh boleh di lihat di sini.

Kiiriman:
helmy arshad, helmy6707@gmail.com

dari sumber: http://jiwokelate.wordpress.com/

Isnin, Julai 20, 2009

Artis Indonesia di hukum kerana londehkan seluar


AKSI londeh seluar dan menunjukkan punggung yang ditulis ‘Bombers kiss my...’ oleh salah seorang anggota kumpulan Slank dari Indonesia, Kaka sambil memakai jaket terbuka sehingga mendedahkan dadanya mengejutkan ramai penonton ketika menyaksikan Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria, semalam.

Insiden itu turut membuatkan kira-kira 5,000 penonton termasuk pihak penganjur, Media Corp. Radio - Ria 89.7FM dan Warna 94.2FM - serta Beyond Events Sdn. Bhd. terpana di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC), Senayan. - + selanjutnya

Kanak kanak dan remaja jangan ikut perangai ni ... ! Perangai orang tak bertamadun ni.

Ahad, Julai 19, 2009

MU 'repeat' dengan Malaysia malam Isnin ini

Amri ajar Manchester United

18 Jul 2009 8:00PM KL: Malaysia hampir mengejutkan Manchester United, namun jaringan Michael Owen pada 10 minit pada akhir perlawanan menyaksikan pasukan kebangsaan tumpas 2-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dua jaringan Malaysia disumbangkan oleh Mohd. Amri Yahyah, manakala United memperoleh jaringan menerusi Nani dan Wayne Rooney.
MU menang majoriti tipis 3-2 di Bukit Jalil

MU 'repeat' dengan Malaysia malam Isnin ini

PASUKAN Manchester United akan mengadakan perlawanan kedua menentang pasukan Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada pukul 8.45 malam, Isnin ini.

Perlawanan itu adalah bagi menggantikan perlawanan antara pasukan kelab Inggeris itu dengan pasukan AllStar Indonesia di Jakarta yang dijadualkan pada Isnin tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan.

Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents, Julian Kam pada satu sidang media.Dalam perlawanan petang tadi, United menewaskan pasukan pilihan Malaysia dengan jaringan 3-2.

United sedang dalam siri Jelajah Asia 2009.

sumber: KLpos.com

Islam di China , di negara lain bagaimana ?

Bismillah...

Umat Islam di Malaysia ini hanya bangkit menyatakan kemarahan apabila media massa mendedahkan sesuatu peristiwa seperti rusuhan di Xinjiang , China. Sebelum ini ramai umat Islam di Malaysia ini tidak tahu menahu mengenai kewujudan Xinjiang apatah lagi umat Islam di sana.

Pertubuhan Islam di Malaysia ini harus konsisten membela umat Islam di seluruh dunia bukan menunggu sesuatu isu itu diketengahkan dalam media. Apatah lagi media tersebut bukan dari media Islam.

Keutamaan juga harus diletakkan akan negara mana umat Islam di Malaysia ini harus memberikan tumpuan. Sudah pasti ialah jiran yang terdekat apatah lagi serumpun bangsa.

Bagaimana rumpun bangsa Melayu yang beragama Islam di selatan Thailand , mereka dibunuh ketika solat dalam masjid ? Bagaimana pula umat Islam rumpun Melayu di selatan Filipina , masjid mereka digunakan sebagai markas tentera.

Setiap hari penindasan terhadap umat Islam berlaku. Media yang dikuasai oleh orang Islam harus memainkan peranan untuk mengetengahkan isu ini. Bukan menunggu media asing yang mempunyai agenda mereka tersendiri.

Kenapa berita penindasan umat Islam di Xinjiang menjadi tajuk utama sedangkan umat Islam di Aghanistan di bom menggunakan peluru berpandu dan “drone” (pesawat tanpa juruterbang) , begitu juga di Palestin ?

Pertubuhan Islam di Malaysia ini harus menjuarai isu hak asasi manusia dan demokrasi dalam mempertahan hak umat Islam di serata dunia, tanpa perlu menggunakan kekerasan. Ruang untuk diplomasi , muzakarah , publisiti , dialog masih banyak belum diteroka.

Kesimpulannya ialah isu pembelaan umat Islam di seluruh dunia tidak sepatutnya dijadikan bermusim apabila ianya diketengahkan oleh media asing. Ianya sepatutnya satu usaha yang berterusan melalui sumber media Islam yang boleh dipercayai.

Rozmal bin Malakan, Seremban
http://waghih. blogspot. com

Alhamdulillah, Di Kota Kinabalu pada hari ini
Satu himpunan aman bagi membantah kerajaan China terhadap pembunuhan umat Islam di Xinjiang telah diadakan di perkarangan Masjid Bandaran Kota Kinabalu, tengahari tadi selesai solat fardhu Jumaat.


Himpunan itu diketuai oleh Lahirul Latigu selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah dan Abd Hamid Abu Bakar (YDP PAS Putatan) bersama kira-kira 100 ahli mereka, menarik perhatian 400 jamaah yang selesai menunaikan solat di masjid berkenaan. Seperti yang telah dilaporkan oleh...klik di sini..

Walaupun perhimpunan ini dianjurkan oleh PAS namun orang yang hadir pada perhimpunan tersebut terdiri daripada mereka yang berbeza parti politik dan kehadiran mereka adalah di atas dasar persaudaraan dan pembelaan serta rasa sokongan mereka terhadap saudara seISLAM yang di tindas dan dizalimi di seluruh dunia terutama umat Islam di Xinjiang, China ketika ini.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Bismillah...

Email Oleh : Zamri Keciks

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki- amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut....walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ....dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

Sumber sila klik di sini.

Wallahu'alam


Sabtu, Julai 18, 2009

Berspekulasi Pun Tak Boleh?

Kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan juga Pengerusi DAP Selangor setakat ini telah disusuli dengan tiga ‘jangan’.

Pertama, Muhyiddin Yasin meminta semua pihak supaya ‘jangan’ membuat sebarang andaian dan bertindak keterlaluan.

Kedua, Musa Hassan pula memberi amaran kepada pihak tertentu supaya ‘jangan’ mempolitikkan kematian Teoh.

Ketiga, Ismail Omar, Timbalan Ketua Polis Negara meminta semua pihak supaya ‘jangan’ membuat spekulasi berhubung kematian Teoh.

Semua 'jangan' itu tidak bermakna apa-apa lagi kepada rakyat Malaysia dalam keadaan polis dan SPRM dipandang serong.

Bolehkah kematian Teoh bebas daripada andaian dan spekulasi? Jawabnya tidak. Tempat, cara dan masa dia mati sahaja sudah pun membuka ruang orang berspekulasi.

Dia mati di bangunan SPRM, selepas disoal siasat oleh SPRM sehingga jam tiga pagi. Khabarnya lagi dia diugut dan diseksa kemudian dia terhumban ke bawah secara tidak sengaja. (Baca sini)

Tiba-tiba keluar arahan, ‘Jangan berandaian, jangan berspekulasi’. Wah, wah…, mudahnya usaha untuk menutup bangkai gajah. Tertutupkah dengan nyiru?

Orang berspekulasi kerana mereka tidak puas hati, jemu, menyampah, meloya, melugai dengan sikap pihak berkuasa. Orang ramai sudah termuntah beberapa kali dengan pelbagai kenyataan ‘menutup bangkai’ oleh polis dan SPRM.

SPRM membisu apabila orang persoalkan, mengapa kes-kes melibatkan parti-parti bukan BN cepat dan cekap tetapi kes Khirt Toyo dan selainnya ‘tawadhuk’ dan ‘lemah-lembut’?

Sikap SPRM dan polis sebenarnya membuka ruang orang berspekulasi.

Teoh orang politik, nama jawatannya pun setiausaha politik walau pun bukan jawatan rasmi. Kalau dia orang politik, bagaimana nak dilarang kematiannya jangan dipolitikkan?

Apa maksud jangan dipolitikkan? Adakah maksudnya orang politik tak boleh cakap, tak boleh sebut? Atau tak boleh ambil kesempatan di atas kejadian yang berlaku untuk meraih sokongan politik?

Bilakah masanya orang politik tidak melakukan sesuatu atau bercakap bukan bertujuan untuk meraih sokongan politik? Cakap Najib, Muhyidin atau pemimpin Umno yang lain, kalau bukan cakap politik, cakap apa?

Kejadian ini bukan sekadar kejadian Teoh ‘jatuh’ bangunan dan mati. Ini adalah soal kredibiliti dan kewibawaan. SPRM bukan sekadar terconteng muka dengan arang, malah telah pun tertumpah cat hitam ke atas badan.

Kalau SPRM sudah terpasak di kepala orang ramai sebagai agensi yang suka mencari bukti dengan memaksa, mendera, mengugut, mengancam dan terbaru seperti yang berlaku kepada Teoh, orang tetap berspekulasi.

Pemimpin Umno, SPRM dan polis boleh menganjurkan majlis 'ratib jangan', namun kematian Teoh tetap dispekulasikan dan dipolitikkan.

LAGI ISU KEMATIAN TEOH

Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa mencerita pengalaman perit yang dilaluinya ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Tan disoal siasat oleh SPRM pada hari yang sama dengan Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor - yang ditemui mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM jam 1.30 petang semalam.

Tan mendakwa, dua pegawai SPRM yang menyoal siasatnya, cuba mendapatkan pengakuan palsu daripadanya, dengan memaksanya menafikan telah membekalkan 1,500 ribu bendera Malaysia bagi satu majlis sambutan hari Kemerderkaan di DUN Sri Kembangan.

Sewaktu sesi soal siasat tersebut, katanya, pegawai berkenaan menggunakan teknik ‘polis baik dan polis jahat' - pada mulanya bersikap baik tetapi kemudiannya bertindak kasar dan memaksanya berdiri selama empat jam dari pukul 10 malam hingga 2 pagi.
Tan berkata, ada beberapa kali dia diancam dengan keganasan fizikal, di mana seorang pegawai menuding ke dahinya dan didakwanya berkata: "Kami jangan bohong. Saya boleh pukul kami. Percayalah!".Sewaktu disoal siasat, katanya, pegawai yang lain masuk ke bilik untuk mempersendakan kelemahannya bercakap dalam bahasa Malaysia dan memanggilnya dengan istilah yang kesat - Cina bodoh - dan bertanya sama ada dia rakyat China.

Yang paling teruk, kata Tan, ialah ancaman terhadap keluarganya yang disifatkannya sebagai satu ‘penderaan mental'."Mereka kata, jika saya tidak cakap benar, mereka akan ambil isteri dan tiada siapa yang akan menjaga anak-anak saya. Tetapi saya tidak beralah," kata Tan dalam satu sidang akhbar di bangunan setiausaha kerajaan negeri hari ini.(malaysiakini)

Khamis, Julai 16, 2009

Ustaz Akhil Hayy Akhirnya Sah Bercerai Hari Ini

IPOH- Artis yang merupakan seorang penyanyi dan penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, akhirnya sah bercerai talak satu dengan isterinya iaitu Maizawati Zainal, 33, di depan Hakim Syarie, Mohd Ridzuan Mohd Yusof, di Mahkamah Rendah Syariah tengahari ini, selepas 43 hari melalui proses rundingan secara sulh (selesai secara baik), sejak 2 Jun 2009 yang lalu.

[Akhirnya Ustaz Akhil Hayy dibelengu dengan kemelut kontroversi yang pastinya akan terus memusnahkan karier dan kerjaya beliau itu. Inilah akibatnya bila beliau yang sudah berhijrah dari dunia "glamour" sebagai artis, tiba-tiba sanggup kembali ke dunia itu bila menyertai Astro Awani. Program TVnya iaitu "Cafe Akhil Hayy" telah menaikkan kembali populariti dirinya. Namun, akhirnya semua itu ditarik balik. Rumahtangga berantakkan hingga membawa perceraian, malah rancangan TV beliau itu pun kini digantung siarannya. Akhil kini sudah bertukar imej semenjak menjadi popular kembali. Teringat imej beliau ketika menjadi penceramah PAS dulu. Buat Akhil, kembalilah kepada perjuangan Islam yang sebenar. Usahlah terpengaruh dengan dugaan dunia, hingga membawa anda terpaksa berada adalam dunia yang penuh dengan tipu daya dan fitnah duniawi itu. Sekadar renungan buat Akhil Hayy !].

sumber: http://pahangdaily.blogspot.com/

Rabu, Julai 15, 2009

BANGLO @ ISTANA KHIR TOYO DI SHAH ALAM





Rumah mewah milik Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo di Shah Alam mencetus kontroversi kerana kosnya dikatakan melebihi kemampuannya atau menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

Apa dah jadi Manohara

Gambar di bawah menunjukkan bagaimana kebebasan bersosial Manohara ketika berada di INDONESIA selepas meninggalkan suaminya, anak Sultan Kelantan.

Agaknya, apakah anak SUltan Kelantan masih tergila-gila dengan isterinya bila melihat keitimannya dengan lelaki lain yang lebih muda.

Disuap dan dibelai. Tak pernah dibuat begini pada suaminya. Agaknya dibelai dan .......... si mamat INDO nie nanti.

Dekat lagi. Jantan INDO tu pun kaya support hotel mahal tak apa.

Mabuk...
inilai kehidupan seorang bidadari yang diagungkan oleh anak Sultan Kelantan.

Sahabat yang menanti di INDO...
Empat jantan temani Manohara..
ada selera lagi gamaknya nak jadikan bini...

Sumber::

Isnin, Julai 13, 2009

Najib & 'suaminya' Rosmah asyik menari tak sempat ke Manek Urai

Di Manek Urai mana boleh menari poco-poco macam ni. Gambar ni pun mungkin orang Manek Urai tak pernah tengok. Kalau sudah tengok silap-silap burung murai pun pengsan di Manek Urai

sumber: http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Majlis Perundingan Antara Agama: Siapa Hina Islam?

Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang didakwa meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya berkata, mengeluarkan kenyataan yang cepat dalam persoalan penubuhan jawatankuasa itu dengan mengulas bahawa cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.

Persoalannya adakah benar dengan diujudkan satu jawatan kuasa seperti itu menyebabkan Islam berada sama taraf dengan agama lain.

Shahabudin memberi andaian sendiri yang tidak bertanggungjawab dengan mengatakan, ‘‘Ini sesuatu yang cukup menakutkan kerana agama Islam dipandang sama seperti Buddha yang diasaskan oleh manusia bernama Gautama Buddha, disamakan juga dengan Kristian, Taoism dan Bahai,” .


Rasanya di negara Malaysia yang kita cintai ini, apa yang diperjuangkan oleh pakatan Rakyat dan disana di dominasi oleh PAS khususnya dalam persoalan mempertahankan agama Islam, anggapan Shahabudin ternyata tersasar jauh.

Kamilah yang sedang mempertahankan Islam , jangan ungkit siapa yang hina Islam kecuali jawapannya sudah dapat dijawab oleh kita iaitu UMNO. UMNOlah yang telah mengadai agama demi kepentingan perjuangan sempit Melayu mereka.

Secara peribadi pada anggapan saya tidak adapun hasrat penubuhan jawatankuasa perundingan agama untuk meletakkan agama Islam setaraf dengan agama lain.

Contoh yang paling baik, di Universiti yang saya belajar di Aceh.Disana ada Fakulti Ushuluddin, terdapat Jurusan perbandingan Agama. Adakah ini boleh juga dianggap satu penghinaan.

Tersangat penting saya beranggapan baik disanalah kita dapat menyampaikan mesej Islam kepada penganut agama lain.

Sumber: Mingguan Wasilah

Ahad, Julai 12, 2009

Nostalgia 1

KL 100 tahun yang lalu. Zaman kegemilangan Yap Ah Loy dan bijih timah. Zaman ramai org kaya2 melayu muncul dan 100 tahun kemudian ??





Khamis, Julai 09, 2009

UPB-MyTeam tarik diri boleh jejaskan Khairy



TINDAKAN UPB-MyTeam untuk menarik diri daripada saingan Piala Malaysia 2009 boleh mendatangkan masalah kepada presiden kelab terbabit, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Jika mereka meneruskan hasrat tersebut, kelab berkenaan bakal berhadapan hukuman penggantungan yang turut melibatkan presiden mereka.

Khairy turut memegang jawatan sebagai Timbalan Presi- den Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Begitupun, rayuan yang dikemukakan oleh UPB-MyTeam untuk menarik diri telah ditolak oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM pada mesyuaratnya semalam.

Piala Malaysia 2009 akan bermula pada 26 September depan.

Pengerusinya, Datuk Che Mat Jusoh berkata, sekiranya UPB-MyTeam terus berdegil untuk menarik diri, mereka bakal menghadapi hukuman termasuk denda, penggantungan pasukan dan pengurusannya serta menjejaskan status pemain mereka.

"Jawatankuasa pada hari ini (semalam) telah berbincang panjang lebar dengan memikirkan Liga Super hanya berbaki tiga perlawanan dan Piala Malaysia hanya melibatkan enam perlawanan timbal balik pada peringkat kumpulan.

"Jadi kita telah memutuskan menolak rayuan mereka untuk menarik diri dan saya minta UPB-MyTeam terus beraksi pada Piala Malaysia 2009. Jika mereka ingkar, hukuman boleh dikenakan," katanya pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

UPB-MyTeam sebelum ini telah memohon untuk menarik diri daripada Piala Malaysia 2009 dan mahu meminjamkan pemainnya ke pasukan lain kerana menghadapi masalah kewangan yang kritikal sehingga menyebabkan tunggakan gaji selama dua bulan.

Namun Che Mat memberi- tahu, pihaknya tetap bersedia dengan alternatif lain jika UPB-MyTeam berdegil untuk menarik diri dengan mencari pasukan ganti.

"Undian Piala Malaysia akan diadakan 15 Ogos depan dan jika UPB-MyTeam tiada sekali pun, ia tetap diteruskan."

sumber: kosmo.com.my

PPSMI mansuh secara berperingkat-peringkat

    leadimage

Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI akan dimansukan secara berperingkat-peringkat dan mansuh sepenuhnya pada 2012.

Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dibuat sejurus keputusan jemaah menteri pagi ini. Ia dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.

Walaupun ada kajian bebas yang dilakukan mengatakan bahawa pembelajaran Matematik dan Sains wajar diteruskan namun kebanyakan budayawan, sasterawan dan senimman negara yang mahukan ianya dihentikan.

Keputusan ini dengan sendirinya menyampaikan bahawa kerajaan mengaku bahawa dasar pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris telah gagal untuk mencapai matlamatnya.

Ada pihak yang melihat pemansuhan ini mempunyai helah tersembunyi dari pihak pemerintah memandangkan pilihanraya kecil DUN N41 Manek Urai yang akan berlansung pada 14 Julai ini.

Terdapat laporan menyatakan bahawa Muhyiddin telah mengaku di depan Parliamen bulan sudah yang palajar-pelajar tidak menunjukkn peningkatan yang memberansangkan dalam kedua-dua subjek tersebut dalam tempoh enam bulan kebelakanan ini.

Dasar tersebut telah diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003, dan sejak dari itu terdapat beberapa tentangan oleh pelbagai pihak termasuk Sasterawan Negara yang cukup disegani, Pak Samad Said.

———————————————————–

Terdahulu

Isu PPSMI akan ditentukan hari ini, sama ada mahu terus dengan dasar itu, atau memansuhkannya. Selama bertahun-tahun pihak kerajaan ‘mencuba’ PPSMI ini namun mendapat tentangan banyak pihak. Ini termasuklah Sasterawan Negara A Samad Said yang mula berdemo berarak dengan para demonstran yang lain untuk menentang isu ini.

TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran akan membuat pengumuman tentang isu ini selewat-lewatnya petang ni.

Beliau dijangkangka - menurut suatu sumber, akan memansuhkan dasar itu, yang secara jelas kelihatan seperti dasar yang bertentangan dengan semangat perlembagaan. Dalam pada kita hendak mendaulatkan bahasa kebangsaan kita secara terancang mendaulahkan Bahasa Inggeris.

Selain daripada itu, dasar ini juga dilihat sebagai bahasa yang membunuh bahasa ibunda, termasuklah bahasa mandarin bahasa tamil dan lain-lain jenis bahsa ibunda rakyat Malaysia.

Sumber dari: PerakExpress.com

Rabu, Julai 08, 2009

RUMAHKU BERHARGA RM24 JUTA

'Istana gaya Bali' Khir Toyo cetus kontroversi - MALAYSIAKINI
Rumah mewah milik Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo di Shah Alam mencetus kontroversi kerana kosnya dikatakan melebihi kemampuannya atau menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.
ADUN Sekincan, Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta
Sambil menggelarkan rumah tersebut sebagai "istana bergaya Bali", Ng berkata, pakar industri pembinaan menganggarkan kos pembinaan dan kelengkapan rumah tersebut ialah kira-kira RM20 juta.
"Pintu gerbang sahaja berharga kira-kira RM290,000. Jubin yang anda lihat adalah diimport," katanya.
Merujuk pengisytiharan harta oleh Menteri Besar Selangor sekarang Tan Sri Khalid Ibrahim, Ng berkata pendapatan seorang menteri besar ialah RM576,000 setahun dan oleh itu, Dr Mohd Khir tidak mungkin dapat mengumpulkan wang yang cukup untuk membayar kosnya sebanyak RM24 juta
KOMENTAR : WOW!!! KAYA BETUL PEMIMPIN UMNO INI...... TENTU BANYAK KELUAR ZAKAT...... 1MALAYSIA TERPEGUN DAN TERPESONA DENGAN KEKAYAAN PEMIMPIN UMNO INI......

Selasa, Julai 07, 2009

Ibrahim Berkempen Untuk UMNO

Ibrahim katak mengajak semua pengundi-pengundi di MU supaya memberi Undi Untuk UMNO...

Ibrahim katak mengajak semua pengundi-pengundi di MU supaya memberi Undi Untuk UMNO dan seterusnya memenangkan calon UMNO demi untuk pembangunan di Manek Urai ...

IBrahim Katak Berkempen Untuk UMNO Di Manek Urai

Semalam bertempat di kampung Laloh berdekatan stesen Minyak Caltex ibrahim katak secara terbuka tanpa segang silu mengajak pengundi-pengundi di Manek Urai supaya mengundi calon Umno BN dalam Pilihanraya nanti. Bherim katak berharap agar penduduk di manek urai dapat memberi kemenangan kepada calon UMNO BN demi untuk pembangunan di kawasan Manek Urai.

Pas tidak akan terjejas sedikitpun dengan kemenangan UMNO di MU katanya.Lagipun sepanjang 20 tahun pemerintahan PAS di Kelantan tidak ada pun pembangunan yang telah dibuat oleh Tok Guru katanya lagi.Ceramah yang dihadiri hampir 1000 orang lebih itu turut dihadiri penceramah import dari selangor iaitu Datuk Fuad Hassan.Tidak ketinggalan juga pelakon terkenal tanah air jalaluddin hassan juga turut berada di atas pentas bersama dengan brehim katak…

Cubalah bagi mandat sekali pada BN di Manek Urai ini demi pembangunan… itulah moto yang diulang berkali-kali oleh ibrahim katak dalam ceramahnya semalam

brehim katak memberi jaminan yang beliau sendiri akan memberitahu najib untuk pembangunan di Manek Urai sekirannya Umno BN menang di Manek Urai dalam Pilihanraya nanti….

Jutaaaan Tahniah Buat Brehim Katakkkk

Anda sememangnya seorang ahli Politik yang tidak ada tolak bandingnya di Malaysia ini…

Rakyat Kelantan Khususnya penduduk di Pasir Mas akan sentiasa Mengigati anda sepanjang mas…

Jumpa lagi dalam Pilihanraya akan datang wahai Brehim Katak

Khamis, Julai 02, 2009

Bekam Lintah Darat


Bekam kaki
Rakan-rakan SMK Sg.Besar tengah membuat rawatan bekam dengan menggunakan lintah pada 27hb.Jun yang lalu. Setelah menggunakan kaedah rawatan bekam lintah ini, bebrapa rakan yang telah mencuba pada hari tersebut merasa ada perubanan pada beliau. Sebelum ini sakit yang beliau alami selama ini telah ada pengurangannya. Kalau nak tau kebaikan bekam lintah ini tengok senarai yang ada di bawah ini. Selamat mencuba.........


Kebaikan Berbekam

>Membantu menghilangkan pening dan migrain.
>Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
>Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
>Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
>Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
>Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
>Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
>Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
>Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Dalil2 berbekam
Hadis Rasulullah S.A.W:"jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya."HR Malik “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah berbekam di dalam keadaan baginda berihram dan berpuasa. “-Riwayat Muslim
Dalam sesetengah tariq hadis Syadad, itu berlaku pada zaman pembukaan Mekah sedangkan Ibn Abbas mendampingi baginda ketika Hajjatul Wida.
Hadith-hadith lain
Dia (Anas) berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra`
kan kecuali mereka berkata: Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam.”
Riwayat Ibnu Majah (3479), Kitab Pengobatan, Bab Bekam.
Disahihkan al-Albani dalam Shahih al-Jami` (II: 5671), dan Takhrij al-Misykat (4544).
Dari Ibnu ‘Abbas, bahwasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra`
kan kecuali tiap mereka berkata kepadaku: Wajib bagimu wahai Mohd untuk berbekam.”
Riwayat Ibnu Majah (3477), Kitab Pengobatan, Bab Bekam.
Disahihkan al-Albani dalam ash-Sahihah (V: 2263) dan Shahih al-Jami` (II: 5672).
Dari Said Ibnu Jabir dari Ibnu Abbas dari Nabi saw


الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ

“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berobat) dengan kay.”-Hadith Sahih Al Bukhari