“Kerajaan   UMNO-BN ini berusaha untuk merampas kerajaan Selangor dengan   menggunakan peruntukan pentadbiran bagi mewujudkan suasana keresahan   dalam pentadbiran kerajaan, semuanya dengan cara yang tidak bertamadun   dan di luar batas demokrasi.
“Rampasan ini jugalah  yang mereka  telah lakukan di negeri Perak dengan menjadikan rakyat  sebagai  pertaruhannya. Apapun, kita percaya bahawa rakyat akan memberi  respon  di seluruh negara dalam pilihanraya yang akan datang dengan  menukar  kerajaan yang ada kepada Pakatan Rakyat,” kata Abdul Hadi dalam  satu  kenyataan hari ini.
Tidak hormati pilihan rakyat
Katanya,   bahawa langkah apa sekalipun yang digunakan untuk menongkat kelemahan,   tidak akan menjamin BN akan terus kekal sebagai pemerintah kerana  dunia  telah membuktikan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya  termasuk  Umno-BN.
Sehubungan   itu, menurut Abdul Hadi, krisis perlantikan jawatan setiausaha  kerajaan  negeri Selangor (SUK) yang sedang berlaku adalah akibat sikap  kerajaan  pusat yang tidak menghormati pilihan rakyat yang memilih  Pakatan Rakyat  sebagai kerajaan negeri tersebut.
"Dalam pilihan raya yang lalu rakyat sudah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang sah di Selangor.
"Di   atas asas yang sama, agensi yang membuat pelantikan perkhidmatan awam   di peringkat persekutuan memahami hasrat rakyat tersebut," katanya.
Abdul   Hadi berkata sikap BN melawan kehendak pentadbiran kerajaan Selangor   ini dilihat suatu tekanan dan berlaku akibat dari fahaman salah konsep   federalisma.
Sumber dari:  Blog-list Malaysia
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan