Listen2Quran

Isnin, April 26, 2010

Najib Habiskan RM64 juta dalam PRK Hulu Selangor

http://buletinonline.net/images/stories/berita25/BERIBASIKAL.jpgPerdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah menghabiskan RM64 juta untuk membeli undi dalam pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor.

Bekas calon Pakatan Rakyat bagi pilihanraya kecil berkenaan, Datuk Zaid Ibrahim berkata, kerana amalan membeli undi adalah ‘halal’, menyebabkan beliau kalah dalam pilihanraya semalam.
(Gambar - awal-awal lagi Najib 'menjaja' berpuluh-puluh basikal untuk membeli undi penduduk Felda)

"Ini adalah masalah kita perlu diatasi.
(Perdana Menteri) Najib (Tun Razak) menghabiskan RM64 juta untuk memenangi pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menutup mata, "katanya dihadapan lebih 500 orang penyokong Pakatan Rakyat di Stadium Mini, disini.

Beliau yang juga bekas Menteri Undang-undang berkata, Malaysia mempunyai sistem politik yang tidak menghormati pilihan raya yang bersih.

"Pada tahun 2008, Pak Lah (bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi) telah membenarkan kami menang,

"Tapi kemudian mereka (UMNO) menendang dia (Pak Lah) keluar dan sekarang kita kembali (at square one)," katanya.

Beliau menekankan beliau bukanlah tidak membuat alasan ekoran kekalahannya, Zaid menegaskan, peri pentingnya mendesak untuk pilihan raya bersih dan adil.

"Saya boleh menerima kekalahan saya, tapi kami tidak diberi peluang untuk satu pertarungan yang adil, dan rakyat tidak yahin dengan sistem yang ada," katanya.

Sumber : http://www.buletinonline.net

Selasa, April 13, 2010

Sharifah Sofea ‘Main’ Dengan Anjing

sofia10ki

2 keping gambar terbaru dikirim daripada pembaca Oh Panas. Gambar Sharifah Sofea sedang bermain-main dengan anjing. Sharifah Sofea ni beragama Islam ke ape ni? Taktau hukum hakam. Budak kecik pun tau. Didalam Islam, tak elok la kalo main-main ngan binatang anjing ni..kalo kucing tu takpa la..

sharifahsofea-anjing

sharifahsofea-anjing2

Sultan Sharafuddin Ucap Syabas, Tahniah kepada Kerajaan PR Selangor.

SHAH ALAM 12 APR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri yang berjaya menunjukkan pelbagai peningkatan dalam tempoh dua tahun memerintah negeri ini.


"Beta mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua wakil rakyat kerana genap dua tahun selepas pilihan raya umum, semua Yang Berhormat bersemangat dalam memberi perkhidmatan terbaik," titah baginda.

Baginda juga menganggap kejayaan dalam dua tahun ini ialah prestasi tadbir urus kerajaan Selangor hingga mendapat pengiktirafan Sijil Tanpa Teguran daripada Ketua Audit Negara pada tahun lalu.

Pengiktirafan itu sekali gus meyakinkan Sultan Sharafuddin bahawa kerajaan negeri pada masa ini, dapat mentadbir Selangor dengan baik.

Titah baginda, kerajaan yang baik, telus dan bertanggungjawab yang dilaungkan kepimpinan kerajaan sekali gus membentuk paradigma baru dalam menyampaikan mesej keadilan dan kesejahteraan kepada rakyat.

Baginda turut gembira kerana kebanyakan program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dapat merakyatkan ekonomi Selangor melalui pelbagai pendekatan yang dibuat.

Antaranya ialah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor, program SPIES, pengagihan 10 peratus keuntungan kepada mereka yang berhak, pemuliharaan dan pembangunan Sungai Klang, skim pinjaman mikrokredit, pembagunan sukan melalui Majlis Sukan Negeri Selangor dan pembangunan projek teknologi.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor Kali Ke-12 pagi tadi.

Sultan Sharafuddin bertitah kepada semua wakil rakyat supaya dapat memberikan khidmat terbaik selari dengan amanah yang diberikan rakyat.

"Beta berharap Dewan ini menjadi medan terbaik untuk menyelesaikan pelbagai isu melibatkan kepentingan rakyat. Mulakanlah dengan niat untuk bekerja dengan jujur, ikhlas dan betul dan berilah kerjasama yang perlu kepada pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Datuk Abdul Khalid Ibrahim," titah baginda.

Sultan Sharafuddin turut bertitah segala bentuk isu peribadi akibat perbezaan politik perlu diketepikan untuk rakyat kerana mahu melihat kerajaan Selangor mendapat manfaat dan menjalankan amanah rakyat dengan cekap dan lancar.

"Beta sedar dalam politik tidak mungkin ada 100 peratus persetujuan dan memang diakui bahawa amalan check and balance perlu bagi memastikan semua kepentingan diteliti. Beta mahu semua pihak melaksanakan sistem yang ada atas landasan amanah dan bukan isu peribadi akibat perbezaan politik," titah baginda lagi.


TVSelangor

Khamis, April 08, 2010

Ciuman beracun - kosmo

Penyakit menular akibat berciuman.




TAHUKAH anda apa itu mononukleosis? Secara amnya, ia didefinisikan sebagai jangkitan yang dinamakan Epstein-Barr virus (EBV). Ia berupaya menyebabkan pelbagai simptom alahan seperti selesema, batuk dan juga sakit tekak.

Menurut Pakar Bedah Telinga dan Tekak, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Rahmat Omar, virus ini biasanya melibatkan kanak-kanak dan boleh merebak melalui rembesan air liur, batuk serta bersin.


DEMAM merupakan salah satu gejala awal.


Antara petanda dijangkiti mononukleosis ialah pesakit mungkin berdepan dengan gejala seperti demam, kelesuan, hilang selera makan, sakit tekak dan bengkak kelenjar terutama di bahagian leher.

“Simptom ini juga menyerupai virus lain seperti sitomegalovirus (CMV) kerana mempunyai gejala yang sama. Bagaimanapun, doktor mungkin melakukan ujian darah bagi memastikan jangkitan itu disebabkan oleh mononukleosis.


DR. RAHMAT OMAR


“Kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan setahun hingga remaja 18 tahun memang berpotensi untuk mendapat jangkitan ini. Orang dewasa memang jarang dijumpai,” ujarnya.

Sama seperti virus EBV, sekali dijangkiti virus CMV, virus itu akan berada di dalam badan pesakit seumur hidup.


SAKIT tekak mungkin petanda anda sudah dijangkiti.


CMV juga bertindak menyebarkan virus melalui cecair badan seperti darah, air liur, air kencing, air mani dan susu ibu.

Individu yang mempunyai imunisasi yang lemah memiliki risiko yang lebih besar untuk dijangkiti CMV.


PENGAMBILAN antibiotik tertentu bagi merawat penyakit ini boleh menyebabkan ruam di badan.


Jika seseorang itu hamil dan belum pernah terdedah kepada virus CMV, tetapi mempunyai jangkitan lain, virus itu boleh memberi kesan kepada bayi yang belum dilahirkan itu.

Kajian turut menunjukkan EBV boleh menjangkiti sel-sel epitelium orofarinks dan kelenjar saliva.

Justeru itu, pencegahan awal perlu diambil bagi memastikan jangkitan tersebut tidak menjadi serius sehingga mendatangkan kemudaratan pada kesihatan.




Pulih sendiri

Menurut Rahmat, jangkitan mononukleosis sering dianggap tidak serius kerana ia boleh sembuh dengan sendirinya tanpa perlu mengambil ubat-ubatan.

“Bukan bermaksud ia tidak berbahaya, maka tidak perlukan rawatan. Jangkitan itu akan pulih dengan sendirinya dalam masa tiga hingga empat bulan, bergantung pada imunisasi badan.

“Tempoh timbulnya inkubasi (simptom) ialah di antara empat hingga lapan minggu setelah dijangkiti. Tapi ada juga kes di mana penyakit ini merebak sehingga melebihi 18 bulan.

“Jika terdapat keradangan teruk pada tekak, pemeriksaan di bahagian tengkuk akan dilakukan bagi mengesan puncanya.

“Kalau pesakit dijangkiti, tekak mungkin akan mempunyai selaput berwarna putih dan kemerah-merahan.

“Pesakit tidak perlu bimbang tentang gejala ini melainkan jika ia berlarutan,” ujarnya sambil menunjukkan gambar rajah kerongkong.

Turut popular dengan gelaran kissing disease atau ‘penyakit berciuman’ di negara-negara Barat, virus tersebut juga boleh disebarkan kepada orang lain melalui ciuman oleh pesakit yang dijangkiti mononukleosis.

Di samping itu, perkongsian minuman, berus gigi ataupun barang solek seperti pelembap bibir juga berpotensi mengakibatkan jangkitan melalui saliva (air liur).

Disebabkan ia adalah sejenis virus, antibiotik seperti penisilin tidak akan membantu kecuali jika ada jangkitan bakteria.

“Antibiotik tertentu juga boleh menyebabkan ruam di badan. Kajian menunjukkan lebih 80 hingga 90 peratus akan mendapat ruam yang teruk jika diberikan antibiotik.

“Rehat secukupnya dan elakkan makanan yang boleh mengganggu keselesaan tekak kerana ia boleh membantu mengurangkan gejala ini daripada berlarutan,” jelasnya.

Rabu, April 07, 2010

Konvensyen BN, wakil MCA bertindak keluar dewan


TERKINI Selain hanya lagu BN dan Umno yang dinyanyikan, Ketua MCA Kapar, Datuk Song Kee Chai berkata hanya tetamu dan pemimpin utama dari Umno yang dijemput duduk di pentas utama.

Usaha Barisan Nasional untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat dengan agenda konvensyennya di Shah Alam, hari ini menerima tamparan apabila 15 perwakilan MCA Kapar bertindak meninggalkan majlis itu.

Ketua MCA Kapar, Datuk Song Kee Chai yang dihubungi melalui telefon berkata antara punca tidak puas hati mereka ialah kerana MCA dianak-tirikan pada konvensyen berkenaan.

Antaranya, hanya lagu BN dan Umno dinyanyikan sedangkan lagu parti komponen lain tidak diendahkan.

“Konvesyen itu dianjurkan oleh BN, jadi menyanyikan laguUmno tidak mencerminkan semangat BN dan juga 1Malaysia,” kata Song lagi.

Selain itu, katanya, hanya tetamu dan pemimpin utama dari Umno yang dijemput duduk di pentas utama. Mereka termasuk Datuk Mohd Zin, Datuk Seri Noh Omar, Shafei Abdullah dan seorang lagi.

Tiada tetamu ataupun pemimpin parti komponen lain yang dijemput ke pentas utama.

Menurut Song apa yang menghangatkan lagi suasana ialah ketika ucapannya, Noh Omar yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor berkata orang Melayu telah banyak berkorban demi rakan-rakan bukan Melayu.

sumber : malaysiakini

Selasa, April 06, 2010

Brunei Lebih Takutkan Laknat Dari Allah

Bandar Seri Begawan (Brunei) - Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

"Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

"Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.

"Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran," tegasnya. - AP

Sumber - myMetro

Hairan, pelik dan ajaib... kenapa Negara Malaysia yang Pimpinan Tertingginya dari Parti UMNO/BN tidak berani mangambil tindakan yang sedemikian?

Isnin, April 05, 2010

Nak Gaji Naik, Kenalah Sokong GST - Najib

Gaji penjawat awam boleh dinaikkan dengan syarat 1.2 juta penjawat awam meningkatkan produktiviti dan menyokong inisiatif kerajaan untuk Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau berkata selagi produktiviti meningkat, gaji mereka akan diselaraskan seiring dengan ekonomi yang lebih kukuh.

"Gaji mereka akan diselaraskan mengikut perkembangan. Apa yang penting ialah dengan pengukuhan ekonomi, perolehan kerajaan juga meningkat," kata beliau dalam program "Setahun di Aras 5: Temubual Khas Bersama Perdana Menteri” yang disiarkan Bernama TV.

Najib, yang juga menteri kewangan, turut menegaskan mengenai kepentingan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai satu daripada cara meningkatkan hasil kerajaan.

"Itulah sebabnya GST amat penting. Rakyat mahukan gaji yang lebih tinggi tetapi tidak mahu menyokong GST. Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?," katanya.

Beliau berkata dengan mendapat sokongan daripada semua penjawat awam, akan membolehkan kerajaan melakukan yang lebih baik untuk semua rakyat.


Najib bagaimanapun menolak tanggapan bahawa kerajaan tunduk kepada tekanan politik berikutan perubahan fikiran dilihat dalam pelaksanaan GST dan peraturan dua harga petrol, dengan menyatakan lebih banyak masa diperlukan untuk sokongan dan kepercayaan rakyat bagi inisiatif itu.

Beliau berkata pembangkang telah memutar belitkan fakta berhubung cadangan GST yang menyebabkan kerajaan memerlukan masa untuk
menjelaskan kepada rakyat kerana ia adalah sesuatu yang baik untuk rakyat bagi jangka masa panjang.

Jadi kita bukan mengambil keputusan untuk menghentikannya tetapi untuk menangguhkannya sehingga projek itu mendapat lebih penerimaan umum.,” katanya.

Mengenai penstrukturan semula subsidi dua harga petrol, beliau berkata ia merupakan sistem yang amat kompleks dan tidak berbaloi, tetapi “kita akan tetap mengurangkan subsidi. Cuma akan dilakukan secara berperingkat-peringkat kerana kerajaan tidak mahu membebankan rakyat.”

“Jadi, ia akan dilaksanakan dengan teratur dan berhati-hati,” kata Najib.

Kepada soalan yang ia mungkin dilaksanakan selepas pilihanraya umum, Najib yang ketawa mendengarnya berkata: “Tentunya akan ada yang sinis

dan skeptikal tetapi ia harus dihadapi sebagai cabaran dan kita perlu membuktikan yang mereka salah.”

sumber : http://bloglistpolitik.blogspot.com/

Ahad, April 04, 2010

Cicakman 3

Lelaki yang berumur 21 tahun ini cukup glamour di kampungnya di India. Bukan kerana dia paling hensem, bukan dia ada skandal dengan artis dan juga dia bukan pekerja kedai Mamak 24 jam.
Lizard Boy
Sebenarnya dia terkenal kerana tabiat peliknya yang suka bermain dengan cicak. Dia suka meletakkan cicak di dalam mulutnya dan juga digantung di kelopak matanya. Sebab tu orang kampungnya memanggilnya “Lizard boy”. Ini baru real cicak man
Lizard Boy
Lizard Boy
Lizard Boy
Lizard Boy

Air Mata Melayu Di Johor

Negeri Pembela Agama dan Melayu di Johor "Darul UMNO"...

Apabila hujan turun teringat trajedi semalam..

Kisah pertama : "Terlihat kelibat seorang surirumah yg sedang 'mengendong' anak lalu sy bertanya: Belum pindah lagi ke kak.. dia menjawap: tunggu masa je dik.. tu dah dengar jentera berat menderum.. kejap lagi runtuh la rumah ni.. sambil mengemas barangan dlm rumahnya...

setengah jam kemudian bila saya ke situ lagi.. jentera rumah sedang meruntuhkan rumah yg telah didiami lebih 20 tahun.. beliau hanya mampu melihat sambil air matanya tumpah.. tangisan anak yg didukong semakin kuat...

Kisah kedua : seorg surirumah baru hendak mengemas barangan rumahnya.. sepontan si-suami melarang seraya berkata ..'dah la tak payah kemas barang tu.. biar la .. dulu kita mula duduk sini tak ada pa yg kita bawa.. biarla kita keluar pun dgn kosong tangan'.. si isteri terkedu.. maka bercucurlah air mata..

Kisah ketiga : 'seorg kanak2 yg masih mentah lagi bertanya sepontan kpd si-ayah setelah rumahnya ranap diroboh.. 'Ayah malam ni kita nak tidur kat mana....".. kat sini la.. kata si-ayah dalam keadaan kalut dan binggung.. dan sempat berkata kpd sy.. kita serahkan kpd Allah utk membalasnya. .

Kisah keempat: Dalam tangisan kanak2 berpakaian sekolah dgn diiiringi hujan dan dentuman guruh semasa rantaian manusia dibena utk menghalang ratusan polis menerpa demi mempertahankan rumah dan surau.. ada seorang insan yg berlainan agama dan kaum (seorg watrtawan india).. betul2 dihadapan sy .. dia mendakap kanak2 tersebut utk meredakan tangisan dan tidak terkecuali air mata insan tersebut turut tumpah atas kekejaman dihadapannya. .

kisah kelima : "dalam keadaan yang agak kecoh semasa trak polis bersedia utk diisi oleh insan2 malang dan pembela insan.. polis dan anggota PTD seramai lebih 200 org berkeras utk merobohkan rumah penduduk yg berbaki 12 rumah ..

hujan terus mencurah namun semangat penduduk serta pembela penduduk tidak luntur.. terus membuat rantaian manusia utk memepertahankan hak.. bekalan elektrik dan air yg masih berfungsi utk surau dan beberapa rumah dah mula dipotong.. kanak2 mula menangis ,tidak kurang juga linangan air mata ditumpahkan oleh penduduk dan sesiapa juga yg berada disitu..

Lokasi: Denai Pinggiran Johor ..

sumber : http://perisik- rakyat.com

Jumaat, April 02, 2010

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor - 25hb. April, 2010

Suruhanjaya Pilihan Raya sebentar tadi mengumumkan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ditetapkan pada Ahad, 25 April.

Menurut pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, penamaan calon pula ditetapkan pada Sabtu, 17 April.

Beliau membuat pengumuman itu selepas mengadakan mesyuarat selama dua jam di pejabatnya di Putrajaya.

Katanya, SPR menerima pemakluman kekosongan kerusi Hulu Selangor pada 29 Mac oleh speaker Dewan Rakyat.

Writ pilihan raya akan dikeluarkan hari ini - 2 April dan notisnya pula akan dikeluarkan tiga hari selepas itu.

SPR juga mengumumkan pelatinkan pegawai daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahalan sebagai pegawai pengurus pilihan raya dan tujuh orang pembantunya.

Kerusi Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.

Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan di PKR yang baru-baru menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat.

Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gempira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai.

Sejak kematian bekas timbalan menteri besar Selangor itu, Umno berusaha keras untuk melobi kerusi itu yang secara tradisinya diserahkan kepada sekutunya, MIC.

-Malaysiakini

Khamis, April 01, 2010

Rupa-rupa Taubat Siti Tak Panjang


Taubat Siti hanya separuh jalan. Siti kembali kepada keadaan mula-mula menyertai dunia hiburan. Sampai suatu ketika dia rasa ingin bertaubat dalam hal-hal menutup kepala.

Maka bertudunglah Siti. Siti bertudung pada mula-mulanya, elok sangat-sangat. Ditutup semuanya. Selang beberapa ketika Siti merasakan panas ketika bertudung kerana sebelumnya dia tidak memakai tudung. Dia membuka sedikit tudungnya dengan menampakkan leher yang canting dipandang itu. Selang beberapa ketika Siti merasakan subang mahal yang dipakainya tidak dapat dipandang orang. Dibuka sedikit anak telinganya supaya subangnya jelas kelihatan.

Selepas itu dia menyukai gaya tudung Rosmah, bertudung berjambul yang dipakai ketika berkaitan perkara agama. Siti sangat suka, ditirunya gaya Rosmah bertudung dengan menampakkan sebahagian rambutnya. Selepas itu Siti rasa tudung berserabut di atas kepalanya. Dibuka terus tudungnya kini. Kembali kepada asal. Kalau bertudung pun macam tak bertudung. Taubatnya tak panjang.

Siti juga pernah berkata suaminya suka kalau dia tidak bertudung. Hanya lelaki jenis ini yang hanya mampu dilahirkan oleh pemerintah kita. Minta dijauhkan pemikiran sebegini kepada anak-anak kita.

Taubat Siti tak panjang. Janganlah pula perempuan yang dah mula-mula berjinak-jinak dengan tudung ikut pula Siti selepas ini. Moga-moga anda semua bahagia dengan tudung anda.

Sumber dari : www.detikdaily.net