Gaji penjawat awam boleh dinaikkan dengan syarat  1.2 juta penjawat awam meningkatkan produktiviti dan menyokong inisiatif  kerajaan untuk Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, kata  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Beliau  berkata selagi produktiviti meningkat, gaji mereka akan diselaraskan  seiring dengan ekonomi yang lebih kukuh.
"Gaji mereka akan  diselaraskan mengikut perkembangan. Apa yang penting ialah dengan  pengukuhan ekonomi, perolehan kerajaan juga meningkat," kata beliau  dalam program "Setahun di Aras 5: Temubual Khas Bersama Perdana Menteri”  yang disiarkan Bernama TV.
Najib, yang juga menteri kewangan,  turut menegaskan mengenai kepentingan pelaksanaan Cukai Barangan dan  Perkhidmatan (GST) sebagai satu daripada cara meningkatkan hasil  kerajaan.
"Itulah sebabnya GST amat penting. Rakyat mahukan gaji  yang lebih tinggi tetapi tidak mahu menyokong GST. Saya memerlukan  sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang  lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan  kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar  penjawat awam?," katanya.
Beliau berkata dengan mendapat sokongan  daripada semua penjawat awam, akan membolehkan kerajaan melakukan yang  lebih baik untuk semua rakyat.
Najib bagaimanapun menolak tanggapan bahawa kerajaan  tunduk kepada tekanan politik berikutan perubahan fikiran dilihat dalam  pelaksanaan GST dan peraturan dua harga petrol, dengan menyatakan lebih  banyak masa diperlukan untuk sokongan dan kepercayaan rakyat bagi  inisiatif itu.
Beliau berkata pembangkang telah memutar belitkan  fakta berhubung cadangan GST yang menyebabkan kerajaan memerlukan masa  untuk
menjelaskan kepada rakyat kerana ia adalah sesuatu yang baik  untuk rakyat bagi jangka masa panjang.
Jadi kita bukan mengambil  keputusan untuk menghentikannya tetapi untuk menangguhkannya sehingga  projek itu mendapat lebih penerimaan umum.,” katanya.
Mengenai  penstrukturan semula subsidi dua harga petrol, beliau berkata ia  merupakan sistem yang amat kompleks dan tidak berbaloi, tetapi “kita  akan tetap mengurangkan subsidi. Cuma akan dilakukan secara  berperingkat-peringkat kerana kerajaan tidak mahu membebankan rakyat.”
“Jadi,  ia akan dilaksanakan dengan teratur dan berhati-hati,” kata Najib.
Kepada  soalan yang ia mungkin dilaksanakan selepas pilihanraya umum, Najib  yang ketawa mendengarnya berkata: “Tentunya akan ada yang sinis
dan  skeptikal tetapi ia harus dihadapi sebagai cabaran dan kita perlu  membuktikan yang mereka salah.”
sumber :  http://bloglistpolitik.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan