Bandar Seri Begawan (Brunei) - Menteri Hal Ehwal  Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin  supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.
Zain  menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan  arak pasti dilaknat Tuhan.
"Yang paling kami takuti ialah laknat  Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua  yang berada di negara ini.
"Pelancong yang ingin minum arak boleh  minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.
"Hari ini  mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami  perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran," tegasnya. - AP
Sumber  - myMetro
Hairan, pelik dan ajaib... kenapa Negara Malaysia yang  Pimpinan Tertingginya dari Parti UMNO/BN tidak berani mangambil  tindakan yang sedemikian?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan