Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah  menghabiskan RM64 juta untuk membeli undi dalam pilihanraya kecil  parlimen Hulu Selangor.
Bekas calon Pakatan Rakyat bagi  pilihanraya kecil berkenaan, Datuk Zaid Ibrahim berkata, kerana amalan  membeli undi adalah ‘halal’, menyebabkan beliau kalah dalam pilihanraya  semalam.    
(Gambar - awal-awal lagi Najib 'menjaja' berpuluh-puluh basikal  untuk membeli undi penduduk Felda)
"Ini adalah masalah  kita perlu diatasi. (Perdana Menteri) Najib  (Tun Razak) menghabiskan RM64 juta untuk memenangi pilihan raya dan  Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menutup mata, "katanya dihadapan lebih 500  orang penyokong Pakatan Rakyat di Stadium Mini, disini. 
Beliau yang  juga bekas Menteri Undang-undang berkata, Malaysia mempunyai sistem politik yang tidak menghormati pilihan raya  yang bersih. 
"Pada tahun 2008, Pak Lah  (bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi) telah membenarkan kami  menang,
"Tapi kemudian  mereka (UMNO) menendang dia (Pak Lah) keluar dan sekarang kita kembali  (at square one)," katanya. 
Beliau menekankan beliau bukanlah tidak membuat alasan ekoran  kekalahannya, Zaid menegaskan, peri pentingnya mendesak untuk pilihan  raya bersih dan adil. 
"Saya boleh menerima  kekalahan saya, tapi kami tidak diberi peluang untuk  satu  pertarungan yang adil, dan rakyat tidak yahin dengan sistem yang ada,"  katanya.
Sumber   : http://www.buletinonline.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan