Listen2Quran

Rabu, Julai 08, 2009

RUMAHKU BERHARGA RM24 JUTA

'Istana gaya Bali' Khir Toyo cetus kontroversi - MALAYSIAKINI
Rumah mewah milik Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo di Shah Alam mencetus kontroversi kerana kosnya dikatakan melebihi kemampuannya atau menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.
ADUN Sekincan, Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta
Sambil menggelarkan rumah tersebut sebagai "istana bergaya Bali", Ng berkata, pakar industri pembinaan menganggarkan kos pembinaan dan kelengkapan rumah tersebut ialah kira-kira RM20 juta.
"Pintu gerbang sahaja berharga kira-kira RM290,000. Jubin yang anda lihat adalah diimport," katanya.
Merujuk pengisytiharan harta oleh Menteri Besar Selangor sekarang Tan Sri Khalid Ibrahim, Ng berkata pendapatan seorang menteri besar ialah RM576,000 setahun dan oleh itu, Dr Mohd Khir tidak mungkin dapat mengumpulkan wang yang cukup untuk membayar kosnya sebanyak RM24 juta
KOMENTAR : WOW!!! KAYA BETUL PEMIMPIN UMNO INI...... TENTU BANYAK KELUAR ZAKAT...... 1MALAYSIA TERPEGUN DAN TERPESONA DENGAN KEKAYAAN PEMIMPIN UMNO INI......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan