Listen2Quran

Khamis, Julai 09, 2009

PPSMI mansuh secara berperingkat-peringkat

    leadimage

Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI akan dimansukan secara berperingkat-peringkat dan mansuh sepenuhnya pada 2012.

Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dibuat sejurus keputusan jemaah menteri pagi ini. Ia dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.

Walaupun ada kajian bebas yang dilakukan mengatakan bahawa pembelajaran Matematik dan Sains wajar diteruskan namun kebanyakan budayawan, sasterawan dan senimman negara yang mahukan ianya dihentikan.

Keputusan ini dengan sendirinya menyampaikan bahawa kerajaan mengaku bahawa dasar pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris telah gagal untuk mencapai matlamatnya.

Ada pihak yang melihat pemansuhan ini mempunyai helah tersembunyi dari pihak pemerintah memandangkan pilihanraya kecil DUN N41 Manek Urai yang akan berlansung pada 14 Julai ini.

Terdapat laporan menyatakan bahawa Muhyiddin telah mengaku di depan Parliamen bulan sudah yang palajar-pelajar tidak menunjukkn peningkatan yang memberansangkan dalam kedua-dua subjek tersebut dalam tempoh enam bulan kebelakanan ini.

Dasar tersebut telah diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003, dan sejak dari itu terdapat beberapa tentangan oleh pelbagai pihak termasuk Sasterawan Negara yang cukup disegani, Pak Samad Said.

———————————————————–

Terdahulu

Isu PPSMI akan ditentukan hari ini, sama ada mahu terus dengan dasar itu, atau memansuhkannya. Selama bertahun-tahun pihak kerajaan ‘mencuba’ PPSMI ini namun mendapat tentangan banyak pihak. Ini termasuklah Sasterawan Negara A Samad Said yang mula berdemo berarak dengan para demonstran yang lain untuk menentang isu ini.

TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran akan membuat pengumuman tentang isu ini selewat-lewatnya petang ni.

Beliau dijangkangka - menurut suatu sumber, akan memansuhkan dasar itu, yang secara jelas kelihatan seperti dasar yang bertentangan dengan semangat perlembagaan. Dalam pada kita hendak mendaulatkan bahasa kebangsaan kita secara terancang mendaulahkan Bahasa Inggeris.

Selain daripada itu, dasar ini juga dilihat sebagai bahasa yang membunuh bahasa ibunda, termasuklah bahasa mandarin bahasa tamil dan lain-lain jenis bahsa ibunda rakyat Malaysia.

Sumber dari: PerakExpress.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan