Listen2Quran

Ahad, Julai 19, 2009

MU 'repeat' dengan Malaysia malam Isnin ini

Amri ajar Manchester United

18 Jul 2009 8:00PM KL: Malaysia hampir mengejutkan Manchester United, namun jaringan Michael Owen pada 10 minit pada akhir perlawanan menyaksikan pasukan kebangsaan tumpas 2-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dua jaringan Malaysia disumbangkan oleh Mohd. Amri Yahyah, manakala United memperoleh jaringan menerusi Nani dan Wayne Rooney.
MU menang majoriti tipis 3-2 di Bukit Jalil

MU 'repeat' dengan Malaysia malam Isnin ini

PASUKAN Manchester United akan mengadakan perlawanan kedua menentang pasukan Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada pukul 8.45 malam, Isnin ini.

Perlawanan itu adalah bagi menggantikan perlawanan antara pasukan kelab Inggeris itu dengan pasukan AllStar Indonesia di Jakarta yang dijadualkan pada Isnin tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan.

Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents, Julian Kam pada satu sidang media.Dalam perlawanan petang tadi, United menewaskan pasukan pilihan Malaysia dengan jaringan 3-2.

United sedang dalam siri Jelajah Asia 2009.

sumber: KLpos.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan