GUA MUSANG 11 JUN :  Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji dan menyiasat syarikat pembekal kuasa tenaga kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang didakwa mengaut keuntungan berpuluh kali ganda.    
 Beliau berkata keadaan itu menyebabkan TNB  menanggung kos perbelanjaan yang tinggi dan sekaligus membebankan  kehidupan rakyat menerusi tarif baru elektrik yang berkuat kuasa 1 Jun  lepas, selepas mendapat persetujuan kerajaan apabila membuat semakan  semula harga gas.    
 "Suruhanjaya berkenaan penting bagi memberi  keadilan kepada rakyat walaupun kenaikkan tarif eletrik itu hanya  membabitkan 4.4 juta pengguna domestik di negara ini," katanya ketika  berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Limau Kasturi dekat sini, semalam .    
 Beliau mahu kerajaan memberi perhatian serius  terhadap bebanan hidup rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah  termasuk masyarakat kampung di seluruh negara kerana turut menanggung  kos sara hidup yang semakin tinggi sejak kebelakangan ini.
 Suruhanjaya itu hendaklah menyiasat dan membuat  kajian langkah yang perlu diambil kerajaan terhadap bebanan hidup rakyat  hasil daripada kenaikan tarif elektrik ekoran syarikat pembekal kuasa  elekrik menjual dengan harga terlalu tinggi," katanya.
 Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian  Gua Musang berkata walaupun tidak semua pengguna menanggung beban  kenaikan tarif elekrik itu, namun penduduk juga akan turut merasai  bebanan terutama kenaikan harga barang.    
 Katanya ini kerana peniaga besar yang terbabit  dengan kenaikan tarif baru elekrik sudah tentu akan menaikkan harga  barangan pengeluaran mereka disebabkan kos yang meningkat termasuk juga  pengangkutan.
  Kita harus berlaku adil dalam menyelesaikan  masalah itu kerana saya melihat sekarang ini syarikat pembekal kuasa  tenaga elektrik kepada TNB menopoli keuntungan berpuluh kali ganda  disamping mendapat subsidi pula daripada Petronas, katanya.
 Bagaimanapun beliau turut menasihatkan rakyat  supaya jangan menuduh kerajaan yang sengaja menaikkan harga barang  keperluan di pasaran termasuk gula, minyak masak dan bahan bakar kerana semuanya bergantung kepada harga naik turun di pasaran dunia.    
 Kita tidak mempunyai banyak bahan mentah untuk  minyak masak dan gula, begitu juga bahan bakar yang terpaksa diimport  dari negara luar hingga berlaku kenaikan yang perlu ditanggung bersama,  katanya.-BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan