melihara prestasi akal  supaya tidak berkurangan dan melemah, kita harus benar-benar menjaga kesihatan  urat saraf. Urat saraf yang lemah menyebabkan akal fikiran turut menjadi lemah  dan buntu.Kesihatan urat saraf pada tahap yang terlalu lemah dan kronik menyebabkan seseorang akan hilang akal dan kesiumannya. Kelemahan urat saraf menyebabkan kelemahan akal fikiran dan kebinasaan urat saraf menyebabkan kebinasaan akal fikiran.
Berikut adalah panduan penjagaan urat  saraf :-
1- Kurangkan meminum kopi dan teh. Kopi tidak bagus untuk saraf.  Meminum kopi secara berlebihan menimbulkan ketegangan saraf, darah gemuruh,  sukar tidur, jantung berdebar-debar, membuang air kecil dengan berlebihan,  merosakkan buah pinggang,  mempercepatkan penuaan, gastrik, darah  tinggi, peluh yang berlebihan dan sebagainya. Teh juga menganggu fungsi  sistem saraf. Tukarkan minuman kepada susu.
2- Tidur haruslah mencukupi.  Elakkan tidur yang berlebihan. Elakkan tidur selepas Subuh dan Asar.
3-  Penjagaan makanan : Amalkan pemakanan seimbang, berzat dan berjadual. Makanlah  secara sederhana iaitu tidak terlalu kenyang atau tidak terlalu lapar.
4-  Rehat apabila badan memerlukan. Jangan melakukan sesuatu pekerjaan  fizikal/mental secara berlebihan. Sekiranya badan atau fikiran terasa letih  sewaktu bekerja atau membaca, berilah sedikit kerehatan padanya.
5-  Elakkan ketegangan fikiran, sedih, berlarut-larutan dengan emosi dalam tempoh  yang lama. Ikhtiarkan untuk memulihkan kedamaian jiwa dengan sentiasa berwudhu’,  membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa dan bersolat sunat, membaca buku-buku agama  atau berjumpalah dengan seseorang yang boleh menenangkan anda.
6-  Kurangkan memakan makanan yang mengandungi bahan awet, bahan perasa, pewarna dan  ubat tahan seperti makanan ringan, minuman bergas atau sebagainya.
7-  Jangan sesekali Melakukan onani. Onani akan melemahkan akal fikiran dan  melemahkan badan. Elakkan dari melakukan persetubuhan yang terlalu kerap.Ini  untuk memastikan badan sentiasa bertenaga.
PEMULIHAN SARAF
Amalkan  sekiranya mengalami kelemahan saraf :-
1. Berehat dan berbaring di tempat  tidur.
2. Banyak minum air susu. Kurangkan meminum teh dan kopi.
3. Mandi  dengan air hangat.
4. Banyak minum air oren, lemon atau segala jenis  limau.
5. Makan makanan yang berselera.
6. Makan tomato secara  mentah.
7. Kunyah dua atau tiga ulas bawang putih pada setiap pagi.
8.  Makan telur separuh masak yang dicampur dengan madu dan beberapa biji buah badam  pada setiap malam. 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan