Kemenangan MalaysiaTercalar Gara-Gara Waktu Maghrib
Kejayaan  Malaysia itu memang cukup membanggakan seluruh rakyat tidak kira kaum,  agama atau fahaman politik masing-masing. Semuanya dilihat memberikan  sokongan padu kepada pasukan kebangsaan. Namun, ada sesuatu yang kurang  enak untuk didengar ketika perlawanan tersebut berlangsung. Apa  tidaknya, aksi yang bermula jam 6.00 petang itu berakhir sekitar jam  11.00 malam. Maka, Stadium Putra Bukit  Jalil telah dipenuhi dengan peminat yang datang  berbondong-bondong untuk memberi sokongan. Akibat keasyikan ribuan  peminat menyaksikan perlawanan itu, maka sebahagian besar daripada  mereka terutamanya orang Melayu Islam dilihat telah gagal untuk  menjalankan kewajipan kepada Allah iaitu solat Maghrib. Maklumlah,  perlawanan tidak dihentikan ketika waktu Maghrib tersebut, dan masa  solat itu pun pendek. Ini menyebabkan ada dikalangan mereka yang  terpaksa meninggalkan benda yang wajib semata-mata tidak  mahu terlepas  peluang menyaksikan perlawanan berkenaan. Turut kelihatan juga beberapa  orang kenamaan yang turut melayan sama perlawanan dan dilihat terlepas  untuk mengerjakan solat Maghrib. Apakah kejayaan seperti ini yang  diinginkan?.
Sebagai umat Islam kita dianjurkan berdoa, tetapi jika  berdoa sampai
melalaikan tanggungjawab terhadap agama,  maka apa  hukumnya?   Terkadang, kita hairan kenapa perlawanan dimulakan jam  6.00 petang iaitu kira-kira satu jam lebih sebelum masuknya waktu  Maghrib. Sepatutnya penganjur kejohanan menghormati juga sensitiviti  umat Islam di Malaysia ini. Sukan itu menyihatkan badan, tetapi jika  sampai melalaikan manusia kepada tuntutan agama, apa hukumnya?, Apapun,  kita amatlah berharap agar pasukan negara dapat merangkul kejuaran pada  kali ini selepas melakukannya satu ketika dulu. Cuma, kepada seluruh  peminat yang menyaksikan perlawanan akan datang, ingatlah! jangan sampai  terleka memberi sokongan sampai terlupa menunaikan kewajipan  masing-masing].
sumber dr;  http://pahangdaily.blogspot.com/
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan